Monday, July 18, 2011

SEJARAH

PENDAHULUAN

Daerah Setiu adalah merupakan daerah bongsu dari tuhuh daerah dalam Negeri Terengganu Darul Iman. Diwujudkan pada tahun 1985

Sesuai dengan kemunculan sebagai daerah maka sewajarnya dibina sebuah Masjid Daerah yang diberi nama Masjid Permaisuri.

LATAR BELAKANG

Pada peringkat awal masjid ini diwartakan dengan nama Masjid Kg. Buloh, Setiu. Dibina pada thun 1957 di atas tanak yang telah diwakafkan oleh En. Hamzah bin Mat Amin seluas 0.5 ekar. Dipelopori oleh Tuan Haji Hassan Bin Yusof, beliau bertindah sebagai Imam.

Pembinaan dilaksanakan secara gotong royong oleh anak mukim. Diperbuat daripada kayu dan boleh memuatkan jemaah seramai 70 orang dalam satu masa.

Oleh kerana masjid ini terletak di dalam kawasan tanah rendah dan berhampiran Sungai Setiu serta sering ditenggelami air banjir , tambahan pula kepadatan penduduk bertambah, maka sebuah masjid baru telah dibina.

Masjid kedua dibina pada tahun 1967 di atas sebidang tanah seluas 1 ekar. Tanah milik yang diambil oleh kerajaan di bawah Rancaangan Pembangunan Luar Bandar (PLB).

Struktur bangunan konsep separuh kekal. Jarak dari masjid pertama ialah kira-kira 1/3 km. Masjid ini mampu menampung kira-kira 250 jemaah. Pada tahun 1982 dinaiktaraf menjadi Masjid Kerajaan. Ia amat sesuai kerana terletak di laluan utama dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

PEMBINAAN MASJID PERMAISURI

Pada 19 Julai 1997 satu tapak tanah milik Lot PT. 2226 (P) telah dikenalpasti dan diambil oleh kerajaan. Jarak dari masjid kedua 1.7 km dilaluan utama jalan persekutuan Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

Dari tarikh tersebut kerja-kerja asas dilaksnakan dan disiapkan pada 21 Oktober 1999. Walaupun projek pembinaan ini dijangka siap pada 21 Mei 1999. Kelewatan ini disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan termasuk faktor iklim. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyerahkan bangunan masjid ini kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu pada 14 Disember 1999 dan diberikan kebenaran  mendirikan Sembahyang Jumaat pertama sempena Lawatan Rasmi YAB. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abd. bin Awang dalam Program Pemimpin Bersama Rakyat pada 15 Disember 1999.

Kos pembinaan keseluruhannya sebanyak RM4,417,539.00. Ia berupaya memuatkan 2500 hingga 3000 jemaah dalam satu-satu masa. Ia turut dilengkapi dengan sebuah Dewan Syarahan yang boleh memuatkan 300 orang dan dibekalkan dengaan penghawa dingin. Keseluruhan struktur pembinaan ini adalah dari bahan-bahan tempatan yang berkualiti.

PENUTUP

Dengan terbinanya Masjid Permaisuri yang tersergam indah ini jelaas melambangkan perkembangan Syiar Islam yang ketara. Lokasi strategik di tepi laluan Jalan Persekutuan Kuala Terengganu ke Kota Bharu memberi kemudahan dan keselesaan kepada setiap pengunjungnya sesuai dengan gelaran Terengganu Darul  Iman.

No comments:

Post a Comment