Tuesday, August 30, 2011

Tuesday, August 23, 2011

AL QURAN JUZ 25

Majlis Penghargaan Untuk Imam Hafiz yang bertugas sebagai Imam Solat Terawikh di Masjid Permaisuri bermula 1 Ramadan 1432H hingga 24 Ramadan 1432H.




Sekalung penghargaan buat Imam Aidil dan Imam Putra
dari Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid Permaisuri serta ahli jemaah.

Terima kasih juga kepada semua yang bersama menyumbang kepada Tabung Ihya untuk kedua Imam Hafiz ini

.

Monday, August 22, 2011

AL QURAN JUZ 24

AL QURAN JUZ 23

Program Qiamullail dan Bersahur di Masjid Permaisuri
Tarikh : 27 Ramadan 1432H (Pagi Sabtu)
Masa : 3.00 pagi

Tentatif program
-solat sunat tahajud
-solat sunat taubat
-solat sunat tasbih
-solat sunat witir
-zikir munajat
-Bersahur di masjid

Semua ahli jemaah dijemput mengimarahkannya.
Bersama kita tingkatkan iman dan amal sempena ramadan al mubarak ini

Tuesday, August 16, 2011

AL QURAN JUZ 18

NUZUL QURAN


Sahih International
The month of Ramadhan [is that] in which was revealed the Qur'an, a guidance for the people and clear proofs of guidance and criterion. So whoever sights [the new moon of] the month, let him fast it; and whoever is ill or on a journey - then an equal number of other days. Allah intends for you ease and does not intend for you hardship and [wants] for you to complete the period and to glorify Allah for that [to] which He has guided you; and perhaps you will be grateful.
Malay
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

AL QURAN JUZ 17

MAJLIS BERBUKA PUASA DI MASJID PERMAISURI

Masjid Permaisuri akan mengadakan 
Majlis Berbuka Puasa Ramadan 1423H 
pada
 17 Ramadan 1432H (17 Ogos 2011)
hari RABU nanti.

tentatif program
6.45 ptg - Majlis Khatam Al-Quran
Berbuka Puasa
Solat Tarawikh
Tadarus Al Quran

Semua muslimin ahli jemaah dijemput hadir

Sunday, August 14, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MENTERI BESAR



MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT TARAWIKH
BERSAMA
MENTERI BESAR
YAB. DATO'  SERI HAJI AHMAD BIN SAID

TARIKH
16 RAMADAN 1432H / 16 OGOS 2011
TEMPAT
MASJID KAMPUNG BANGGOL, SETIU

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
DIJEMPUT HADIR

Saturday, August 13, 2011

AL QURAN JUZ 16


AL QURAN JUZ 15

BUAH KURMA DAN AIR ZAM-ZAM SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Alhamdulillah, sempena Ramadan al Mubarak 1432H, Kerajaan Negeri Terengganu masih lagi mengagihkan buah kurma dan air zam-zam kepada seluruh ketua isi rumah Islam di Terengganu. Terima kasih buat kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Terenganu YAB. Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said.

Cuma ramadan depan, cadangan supaya matan hadis tidak dipaparkan pada pembungkus kotak kurma dan bekas air zam-zam tersebut, cukup sekadar maksud hadis sahaja dipaparkan.
Bukan apa, semua itu akan berada di dalam tong-tong sampah atau tempat pelupusan sampah.