Tuesday, July 19, 2011

KEWAJIPAN PUASA RAMADHAN

IBADAH PUASA

Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu kewajipan umat islam dan ianya adalah salah satu daripada Rukun Islam. Sekiranya meninggalkan ibadah ini maka tidak lengkaplah islam seseorang. Perintah mewajibkan ibadah puasa ini telah turun pada bulan Sya’ban Tahun kedua Hijrah.

PENGERTIAN PUASA

Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri manakala dari segi istilahnya memberi erti menahan diri daripada makan dan minum dan dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari dengan syarat-syarat tertentu.

DALIL KEWAJIPAN PUASA

Ibadah puasa adalah ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap individu yang cukup syarat. Dalil pensyariatannya adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183:

"Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"

untuk info ramadan seterusnya klik di bawah
http://www.abuanasmadani.com/?p=107

No comments:

Post a Comment