Thursday, July 28, 2011

SALAM RAMADAN 1432H

KULIAH MAGHRIB SEMPENA SAMBUTAN AWAL RAMADAN 1432H

Pejabat Daerah Setiu telah menganjurkan Kuliah Maghrib Sempena Sambutan Awal Ramadan 1432H pada 27 Julai 2011 bertempat di Masjid Permaisuri. Kuliah disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Bin Awang @ Sulong, Pensyarah UniSZA.






Wednesday, July 27, 2011

BERSAMA SEMARAKKAN RAMADAN AL MUBARAK DI MASJID PERMAISURI

PROGRAM IHYA' RAMADAN DI MASJID PERMAISURI


1-CERAMAH 
AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN
OLEH UST. ABDUL HALIM B. AWANG @ SULONG
PENSYARAH UNISZA

2-SOLAT TERAWIKH 
BERSAMA IMAM HAFIZ
SEPANJANG RAMADAN

3-TADARUS AL QURAN
SETIAP MALAM SELEPAS TERAWIKH

4-SOLAT SUNAT TASBIH
LEPAS SOLAT SUNAT TERAWIKH
MALAM-MALAM TERTENTU

5-QIAMULLAIL
HARI-HARI TERTENTU

6- KULIAH SUBUH BERSAMA 
PENCERAMAH JEMPUTAN
SETIAP PAGI JUMAAT DAN SABTU.

7-MAJLIS BERBUKA PUASA (NAMAT)
TARIKH : 16 RAMADAN 1432

8-BERSEDEKAH
UNTUK TABUNG IHYA' RAMADAN
 & 
AKTIVITI DAKWAH 

9-ZAKAT FITRAH

10-TAKBIR RAYA
MALAM RAYA

11-SOLAT SUNAT AIDILFITRI

12-LAIN-LAIN PROGRAM 
ANJURAN 
GO DAN NGO

Tuesday, July 26, 2011

CERAMAH AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN ALMUBARAK 1432H

MESYUARAT AJK BIRO-BIRO


MESYUARAT AJK BIRO-BIRO MASJID PERMAISURI TELAH DIADAKAN PADA 26 JULAI 2011 BERMULA JAM 9.30 MALAM  BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT MASJID PERMAISURI.

INGIN BERSEDEKAH DAN BERAMAL JARIAH

MASJID PERMAISURI MEMERLUKAN DANA YANG BANYAK
 UNTUK MELAKSANAKAN AKTIVITI
 IHYA' RAAMADAN DAN AKTIVITI DAKWAH


SUMBANGAN DARI
 ORGANISASI ATAU PERSEORANGAAN 
AMATLAH DIALU-ALUKAN


UNTUK SUMBANGAN DAN MAKLUMAT LANJUT
HUBUNGI


1-TN. HAJI AMBAK BIN AMRI
019 9204536
(BENDAHARI)


2-TN. HAJI YUSOP @ IBRAHIM BIN ISMAIL
0139827040
(SETIAUSAHA)


SUMBANGAN BOLEH DIBUAT 

No. Akaun : 2-00-6363-00000474-1
Bank : Agro Bank


JAWATANKUASA MASJID PERMAISURI
d/a 221, Jalan Pahlawan, Bukit Pelong,
22100 Permaisuri, Setiu. Terengganu

Saturday, July 23, 2011

maulidur Rasul saw

ceramah disampaikan oleh
Ust. Borhanuddin bin Zakaria
( Pensyarah UNISZA )

kelebihan ramadhan

Puasa

 Mafhum hadis berkaitan dengan ibadat puasa

1. Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap pahala (keridhaan) Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu. (HR. Bukhari)


2. Rasulullah Saw menaiki mimbar (untuk berkhutbah). Menginjak anak tangga (tingkat) pertama beliau mengucapkan, "Aamin", begitu pula pada anak tangga kedua dan ketiga. Seusai shalat para sahabat bertanya, "Mengapa Rasulullah mengucapkan "Aamin"? Beliau lalu menjawab, "Malaikat Jibril datang dan berkata, "Kecewa dan merugi seorang yang bila namamu disebut dan dia tidak mengucap shalawat atasmu" lalu aku berucap "Aamin." Kemudian malaikat berkata lagi, "Kecewa dan merugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak mengambil peluang dengannya untuk masuk surga." Lalu aku mengucapkan "aamin". Kemudian katanya lagi, "Kecewa dan merugi orang yang berkesempatan (hidup) pada bulan Ramadhan tetapi tidak terampuni dosa-dosanya." Lalu aku mengucapkan "Aamin." (HR. Ahmad) 


3. Bau mulut seorang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat dari harumnya misik (minyak wangi paling harum di dunia). (HR. Bukhari)
 
4. Makanlah waktu sahur. Sesungguhnya makan waktu sahur menyebabkan berkah. (HR. Mutafaq'alaih) 


5. Barangsiapa tidak dapat meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta (waktu berpuasa) maka Allah tidak menilai lapar dan hausnya. (HR. Bukhari)

6. Mungkin hasil yang diraih seorang shaum (yang berpuasa) hanya lapar dan haus, dan mungkin hasil yang dicapai seorang yang shalat malam (Qiyamul lail) hanyalah berjaga. (HR. Ahmad dan Al Hakim) 


7. Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun. (HR. Tirmidzi) 


8. Tidaklah termasuk kebajikan orang yang tetap berpuasa dalam perjalanan (musafir). (HR. Bukhari)

9. Barangsiapa berbuka puasa sehari tanpa rukshah (alasan yang dibenarkan) atau sakit, maka tidak akan dapat ditebus (dosanya) dengan berpuasa seumur hidup meskipun dia melakukannya. (HR. Bukhari dan Muslim) 


10. Barangsiapa berpuasa Ramadhan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal maka dia seperti berpuasa setahun. (HR. Muslim)

11. Barangsiapa solat malam pada malam Lailatul Qodar dengan keimanan dan harapan pahala dari Allah maka akan terampuni dosa-dosanya yang terdahulu. (HR. Bukhari) 2. Allah 'Azza wajalla mewajibkan puasa Ramadhan dan aku mensunahkan shalat malam harinya. Barangsiapa berpuasa dan shalat malam dengan mengharap pahala (keridhaan) Allah, maka dia keluar dari dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya. (HR. Ahmad) 

Tuesday, July 19, 2011

KEWAJIPAN PUASA RAMADHAN

IBADAH PUASA

Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu kewajipan umat islam dan ianya adalah salah satu daripada Rukun Islam. Sekiranya meninggalkan ibadah ini maka tidak lengkaplah islam seseorang. Perintah mewajibkan ibadah puasa ini telah turun pada bulan Sya’ban Tahun kedua Hijrah.

PENGERTIAN PUASA

Puasa dari segi bahasa bermaksud menahan diri manakala dari segi istilahnya memberi erti menahan diri daripada makan dan minum dan dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadiq sehingga terbenam matahari dengan syarat-syarat tertentu.

DALIL KEWAJIPAN PUASA

Ibadah puasa adalah ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap individu yang cukup syarat. Dalil pensyariatannya adalah berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 183:

"Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"

untuk info ramadan seterusnya klik di bawah
http://www.abuanasmadani.com/?p=107

YA RAMADHAN

Monday, July 18, 2011

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIIN

Yang di-Pertuan Agong ke-13.png


Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasiin
sempena Hari Keputeraan DYMM 
Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Tarikh : 19 Julai 2011 (Malam Rabu)
Masa : Selepas Solat Maghrib

Semua muslimin dan muslimat ahli jemaah Masjid Permaisuri
dijemput hadir
Mengimarahkan masjid dan menjayakan majlis ini.

AKTIVITI DI MASJID PERMAISURI


AKTIVITI PENGIMARAHAN MASJID PERMAISURI
MINGGUAN

HARI AHAD

KULIAH SUBUH
IMAM BERTUGAS
BIDANG : TAFSIR PIMPINAN AR RAHMAN

KULIAH MAGHRIB
USTAZ HAJI WAN SULONG BIN WAN NGAH
BIDANG : TASAWWUF

HARI ISNIN

KULIAH SUBUH
IMAM BERTUGAS
BIDANG : TAFSIR PIMPINAN AR RAHMAN

KULIAH MAGHRIB
USTAZ HAJI SAMSUDDIN BIN MAT HASSAN
BIDANG : AKIDAH

HARI SELASA

KULIAH SUBUH
IMAM BERTUGAS
BIDANG : TAFSIR PIMPINAN AR RAHMAN

KULIAH MAGHRIB
USTAZ ABU BAKAR BIN MAMAT
BIDANG : HADIS

HARI RABU

KULIAH SUBUH
IMAM BERTUGAS
BIDANG : TAFSIR PIMPINAN AR RAHMAN

KULIAH MAGHRIB
USTAZ NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
BIDANG : TAFSIR AL QURAN

HARI KHAMIS

KULIAH SUBUH
IMAM BERTUGAS
BIDANG : TAFSIR PIMPINAN AR RAHMAN

LEPAS MAGHRIB
BACAAN YAASIIN DAN TAHLIL
LEPAS ISYAK
SOLAT HAJAT

HARI JUMAAT

KULIAH SUBUH
IMAM BERTUGAS
BIDANG : BEBAS

KULIAH MAGHRIB
IMAM BERTUGAS
BIDANG : BEBAS

HARI SABTU

KULIAH SUBUH
IMAM BERTUGAS
BIDANG : TAFSIR PIMPINAN AR RAHMAN

KULIAH MAGHRIB
USTAZ HAJI MOHD JAHARI BIN YAHU
BIDANG : IBADAT

PEGAWAI MASJID PERMAISURI

IMAM 1








NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

IMAM II









HAJI MOHD JAHARI BIN YAHU

IMAM III
TN. HAJI SHAMSUDDIN BIN MAT HASSAN

BILAL
RAZALI BIN IBRAHIM

MOHD TARMIZI BIN AWANG

JAWATANKUASA MASJID PERMAISURI

JAWATANKUASA MASJID PERMAISURI 01/6/2010 - 31/5/2013


PENASIHAT
YB. ABDUL HALIM BIN JUSOH
ADUN PERMAISURI


PENGERUSI
En. Mohamad Nor bin Ibrahim
S.M.T., P.J.K
PEGAWAI DAERAH SETIU


TIMBALAN PENGERUSI


TN. HAJI WAN SULONG BIN NGAH

SETIAUSAHA
TN. HAJI MOKTAR BIN SALLEH
PEGAWAI AGAMA DAERAH SETIU

 
BENDAHARI
TN. HAJI AMBAK BIN AMRI

AHLI JAWATANKUASA



















JURUTERA DAERAH JKR SETIU

TN. HAJI MUHAMMAD BIN NGAH

EN. ZAHARI BIN ISMAIL

ABDULLAH BIN YAACOB

IBRAHIM BIN AWANG

YUSOF @ IBRAHIM BIN ISMAIL

MAT GHANI BIN AHMAD

WAN SULAAIMAN BIN WAN AHMAD

MOHD YUSOF BIN DAUD

RAZALI BIN YAACOB

MOHD NASIR BIN ISMAIL


PEMERIKSA KIRA-KIRA

MUHAMAD BIN IDRIS

RAZALI BIN ISMAIL

SEJARAH

PENDAHULUAN

Daerah Setiu adalah merupakan daerah bongsu dari tuhuh daerah dalam Negeri Terengganu Darul Iman. Diwujudkan pada tahun 1985

Sesuai dengan kemunculan sebagai daerah maka sewajarnya dibina sebuah Masjid Daerah yang diberi nama Masjid Permaisuri.

LATAR BELAKANG

Pada peringkat awal masjid ini diwartakan dengan nama Masjid Kg. Buloh, Setiu. Dibina pada thun 1957 di atas tanak yang telah diwakafkan oleh En. Hamzah bin Mat Amin seluas 0.5 ekar. Dipelopori oleh Tuan Haji Hassan Bin Yusof, beliau bertindah sebagai Imam.

Pembinaan dilaksanakan secara gotong royong oleh anak mukim. Diperbuat daripada kayu dan boleh memuatkan jemaah seramai 70 orang dalam satu masa.

Oleh kerana masjid ini terletak di dalam kawasan tanah rendah dan berhampiran Sungai Setiu serta sering ditenggelami air banjir , tambahan pula kepadatan penduduk bertambah, maka sebuah masjid baru telah dibina.

Masjid kedua dibina pada tahun 1967 di atas sebidang tanah seluas 1 ekar. Tanah milik yang diambil oleh kerajaan di bawah Rancaangan Pembangunan Luar Bandar (PLB).

Struktur bangunan konsep separuh kekal. Jarak dari masjid pertama ialah kira-kira 1/3 km. Masjid ini mampu menampung kira-kira 250 jemaah. Pada tahun 1982 dinaiktaraf menjadi Masjid Kerajaan. Ia amat sesuai kerana terletak di laluan utama dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

PEMBINAAN MASJID PERMAISURI

Pada 19 Julai 1997 satu tapak tanah milik Lot PT. 2226 (P) telah dikenalpasti dan diambil oleh kerajaan. Jarak dari masjid kedua 1.7 km dilaluan utama jalan persekutuan Kuala Terengganu ke Kota Bharu.

Dari tarikh tersebut kerja-kerja asas dilaksnakan dan disiapkan pada 21 Oktober 1999. Walaupun projek pembinaan ini dijangka siap pada 21 Mei 1999. Kelewatan ini disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan termasuk faktor iklim. Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menyerahkan bangunan masjid ini kepada Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu pada 14 Disember 1999 dan diberikan kebenaran  mendirikan Sembahyang Jumaat pertama sempena Lawatan Rasmi YAB. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abd. bin Awang dalam Program Pemimpin Bersama Rakyat pada 15 Disember 1999.

Kos pembinaan keseluruhannya sebanyak RM4,417,539.00. Ia berupaya memuatkan 2500 hingga 3000 jemaah dalam satu-satu masa. Ia turut dilengkapi dengan sebuah Dewan Syarahan yang boleh memuatkan 300 orang dan dibekalkan dengaan penghawa dingin. Keseluruhan struktur pembinaan ini adalah dari bahan-bahan tempatan yang berkualiti.

PENUTUP

Dengan terbinanya Masjid Permaisuri yang tersergam indah ini jelaas melambangkan perkembangan Syiar Islam yang ketara. Lokasi strategik di tepi laluan Jalan Persekutuan Kuala Terengganu ke Kota Bharu memberi kemudahan dan keselesaan kepada setiap pengunjungnya sesuai dengan gelaran Terengganu Darul  Iman.